FlashPeak Logo

Language | 语言:
best web for windows

Pelayar Web yang Terbaik untuk Windows, 100% PERCUMA!

Slimbrowser ialah pelayar web yang pantas dan selamat, dilengkapi dengan ciri-ciri yang berkuasa. Ia meringankan beban anda dengan menyiapkan borang-borang web dengan pengisi borang pintar. Pemusnah popup dan penapis AD terbina-dalam berupaya menghapuskan iklan menjengkelkan dengan berkesan. Ciri-ciri pencarian pantas membolehkan anda mencapai ke enjin carian utama dan juga kesukaan anda. Ciri-ciri daftar masuk auto membolehkan anda mengakses ke akaun dalam talian kesukaan anda dengan satu klik sahaja.

Kesemua fungsi-fungsi dimasukkan dalam fail paling padat dengan saiz 2MB sahaja. Muat-turun sekarang dan lihat bagaimana ia menjadikan pelayaran internet anda lebih menyeronokkan.

web browser screenshot


Ciri-ciri SlimBrowser yang Menonjol

  web browser form fillerPengisi Borang Pintar   web browser download managerPengurus Muat-turun  
  Pengisi borang terbina-dalam secara automatiknya melengkapkan borang online untuk anda di pelayar web yang mempunyai maklumat nama peribadi dan alamat anda yang telah didefinisikan terlebih dahulu.   Pengurus muat-turun pelbagai-lembar yang dibangunkan di dalam pelayar web menggalakkan kelajuan muat-turun anda sehingga 12 kali lebih cepat. Ia juga membolehkan anda untuk menyambung semula muat-turun yang terputus.  

  web browser auto loginAuto-log masuk   web browser site groupKumpulan Laman Web  
  Anda boleh mendefinisikan kemasukan auto-log di mana ia akan membawa anda ke laman web yang telah didefinisikan lebih awal dan log masuk dengan maklumat log masuk yang telah didefinisikan terlebih dahulu dengan hanya satu langkah iaitu satu klik.   Anda boleh menghimpunkan beberapa laman web bersama-sama dan menyimpannya sebagai satu kumpulan laman web. Di lain masa, anda boleh membuka semua laman web di dalam kumpulan tersebut dengan hanya satu klik.  

  best web browser popup blockerPenghalang 'Popup'   web browser ad blockerPenghalang Iklan  
  Penghalang 'popup' di dalam pelayar menghapuskan iklan 'popup' dan 'pop-under' yang menjengkelkan secara automatik. Ia membantu anda melayari laman web tanpa berasa terganggu.   Penghalang iklan menghapuskan imej iklan terlalu menonjol di dalam laman web sebelum ia dimuat-turun oleh pelayar web. Menyelamatkan anda daripada sakit mata dan menjimatkan kelebaran jalur anda.  

  language translation in web browserTerjemahan Bahasa   web browser spell checkerPenyemak Ejaan  
  Anda boleh memilih dan menterjemah mana-mana teks di dalam sebarang laman web tanpa perlu keluar daripada halaman tersebut. Terjemahan boleh dilakukan antara mana-mana dua bahasa.   Penyemak ejaan secara automatiknya akan menyemak dan memperbetulkan ejaan perkataan semasa anda sedang mengarang e-mel, menulis blog atau melengkapkan borang online.  

  weather forecast in web browserRamalan Cuaca   web browser html editorEditor HTML/Skrip  
  Memaparkan keadaan cuaca terkini di bar status pelayar web. Maka, anda akan mengetahui sepanjang masa apa yang sedang berlaku di luar. Maklumat ramalan cuaca untuk 5 hari juga boleh diperolehi.   ScriptPad berupaya melihat dan mengedit kod sumber HTML dengan penonjolan sintaksis dalam pelayar web. Anda boleh juga mengedit JScript / VBScript di dalam ScriptPad dan menjalankannya di dalam laman web aktif.  

  web browser quick searchCarian Pantas   web browser skinBingkai Tetingkap Berkulit  
  Kotak carian pantas memberikan anda akses satu-klik ke enjin carian yang telah didefinisikan terlebih dahulu. Anda juga boleh menambah enjin carian anda sendiri ke dalam senarai secara mudah.   Terdapat koleksi kulit yang besar untuk membolehkan anda mengubah penampilan pelayar web mengikut kesesuaian cita rasa anda.  


Keperluan Sistem Operasi Minimum

  • Keperluan-keperluan Minimum: Windows 98+IE5
  • Platform-platform yang Bersesuaian: Windows 98/ME/NT/2K/XP/2003/Vista/2008/Win7.
  • Menyokong kedua-dua Windows 32-bit dan 64-bit.
compatible with Windows 7
Keluaran Terkini

What's New

Versi Terkini : 6.01.041
  Tarikh Pelancaran : May 16,2012

best web browser download

web browser on facebook

Anugerah-anugerah SlimBrowser

cnet review
best web browser award
best web browser award

Semak lebih banyak ganjaran

Testimoni Pelanggan

“Juara sebenar peperangan pelayar web”

“sekali lagi, perisian pelayar web terbaik di antara semua dan kurang mengelirukan”

“Telah menggunakan Slimbrowser selama beberapa tahun. Setiap masa mencuba pelayar web di luar sana untuk melihat samada ada yang lebih baik. Sentiasa kembali ke Slimbrowser. Slimbrowser ialah pelayar web yang terbaik di dunia!”

Terbaik di kalangan semua pelayar-pelayar web berlabel!

“Penapisan terbaik dan penghalang pop-up, antaramuka berlapis, salah satu daripada yang terpantas, mengandungi segala pilihan yang saya kehendaki dan semestinya pelayar web yang paling terbaik yang juga boleh ditukar penampilannya!”

“Ini seharusnya berada pada senarai teratas di antara semua perisian pelayar web”

“SlimBrowser merupakan perisian pelayar web yang boleh dikonfigurasikan”

“Sedap mata memandang, berciri bagus, Slim Browser ialah pelayar web yang patut dimiliki oleh setiap pengguna”

“Daripada banyak-banyak pelayar web berasaskan IE, Slim Browser ialah kesukaan saya kerana ringkas dan senang dipakai. Bagi saya, ia adalah terpantas dalam golongan IE”

“Ini merupakan PERISIAN PELAYAR WEB YANG TERBAIK, tiada bar. Cubalah!”

English | Español | Français | Deutsch | Português | Italiano | Nederlandse | Svenska | Magyar | Română | Русский | Bahasa Melayu | Dansk | Polski | || |

Copyright© 2010 FlashPeak Inc. Hakcipta terpelihara.